CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Rabu, 14 April 2010

Info Terbaru..

Mahasiswa & Mahasiswi yang mengikuti kursus AB 3206 Industri Tradisi Brunei (UBD) bagi sesi 2009/2010, akan mengadakan Pameran Industri Warisan Bangsa. Tema pameran pada kali ini; Potensi dan Cabaran Di Era Ekonomi Global. Orang ramai di alu-alukan untuk hadir bagi menyaksikan pameran yang akan diadakan. Pameran ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada pengunjung mengenai industri-industri tradisi tempatan.


Lokasi Pameran: The Mall Kompleks Gadong
Tarikh Pameran: 23 hb, 24hb dan 25 hb April 2010
Jam berkunjung: Pukul 9.00 pagi sehingga 9.00 malam

Lawatan ke Sepuluh: Pusat Keusahawanan Senaut


















Lawatan ke Sembilan: Jabatan Kemajuan Perumahan

VISI JABATAN

Perumahan untuk Rakyat dan Penduduk Negara Brunei Darussalam”Homes for the nation”



MISI JABATAN

Untuk menyediakan perumahan yang selamat, berkualiti dan termampu bagi Rakyat Negara Brunei Darussalam 'To provide safe, quality and affordable housing to Brunei citizens'


OBJEKTIF PENUBUHAN JABATAN KEMAJUAN PERUMAHAN

Untuk menyediakan rumusan dasar jangka masa panjang Rancangan Perumahan Negara.

Untuk Menyelaras dan melaksanakan tujuan, matlamat, dasar dan peranan Perumahan Negara jangka masa panjang, bukan hanya memindahkan penduduk-penduduk Kampong Ayer ke darat, malahan bagi keseluruhan rakyat Negara Brunei Darussalam.

Untuk menyusun daya pemikiran masyarakat serta mengujudkan masyarakat yang ideal kearah perkembangan pembangunan negara.

Untuk meningkatkan cara hidup yang lebih baik dan teratur disamping memberi keutamaan bagi kemudahan-kemudahan untuk berteduh dan bersosial.

Menyediakan perancangan-perancangan perumahan negara.




Lawatan ke Lapan: Jabatan Perikanan












Khamis, 1 April 2010

Lawatan ke Tujuh: Bank BIBD

Mission
Enhancing quality of life through financial solutions

Vision
To deliver customer-focused Islamic financial solutions to our communities for the benefits of our stakeholders whilst suppoting the nation's growth














Lawatan ke Enam: Jabatan Perhutanan

Jabatan Perhutanan adalah satu daripada agensi-agensi kerajaan yang tertua ditubuhkan di dalam Negara Brunei. Peranan utama hutan-hutan pada ketika permulaan pembangunan ekonomi negara memaksa terdirinya Pejabat Hutan dalam Mac 1933, bertapak di Kuala Belait, di mana kebanyakan pembalakan hasil hutan dijalankan.



Jabatan Perhutanan berada di bawah Kementerian Pembangunan sehingga tertubuhnya Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama pada 1989. Kementerian baru ini mempunyai Jabatan-Jabatan Pertanian, Perhutanan dan Perikanan, dan kemudiannya Unit Industri. Bangunan baru Kementerian di Jalan Menteri Besar di Bandar Seri Begawan ini telah siap dibina pada 1995, dan bermula dalam bulan Mac 1996, ibupejabat Perhutanan telah berpindah ke bangunan tersebut.